fb fb fb fb fb

Tangani isu pengemis jadian secara hikmah dan tuntas

Foto hiasan

JITRA, 23 Mac-Semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani isu “pengemis jadian” sama ada melibatkan rakyat tempatan atau warga asing.
 
“Pengemis jadian” dikatakan sering muncul di bazar Ramadan dan pekarangan masjid pada bulan Ramadan terutama menjelang hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
  
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata isu berkaitan pengemis jadian tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu ditangani secara berhikmah dan tuntas.
 
Beliau berkata, sekiranya wujud elemen ketidakpastian kepada umat Islam untuk bersedekah, mereka boleh merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan.
 
"Kita meraikan semua cadangan-cadangan malahan sekiranya ada pandangan-pandangan daripada pihak orang awam boleh menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

"Apa pun yang kita lakukan ianya memerlukan kajian, penelitian dan juga dalam masa yang sama kita melihat konteks dan sebagainya.Kadang-kadang kita 'over reax' akhirnya akan menimbulkan suatu yang tidak baik.

"Jadi apa yang kita boleh lihat adalah Kerajaan Madani ingin membuat yang sebaiknya kepada semua, inklusif", katanya demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Wanita Darulaman Bertadabbur di Pusat Pendidikan Al Azhar, mukim Gelong di sini.

Jumlah kehadiran pengemis jadian sama ada rakyat tempatan atau warga asing bertambah terutama menjelang hari-hari terakhir bulan puasa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD