
JOHOR BAHRU, 12 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor, petang ini.
- Kenderaan yang membawa Datuk Onn Hafiz tiba di Istana Bukit Serene kira-kira pukul 3.42 petang.
- Kenderaan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memasuki istana pada pukul 4.25 petang.
- Pelantikan susulan kemenangan besar Barisan Nasional, memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN PRN Johor ke-16.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Datuk Onn Hafiz tiba di Istana Bukit Serene kira-kira pukul 3.42 petang bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar, manakala kenderaan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pula dilihat memasuki istana pada pukul 4.25 petang.
Kenderaan yang membawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu, kemudian dilihat keluar semula pada pukul 4.50 petang.
Pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu itu, selepas BN memperoleh mandat besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 semalam, dengan memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).