fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga UiTM Shah Alam

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 pelajar asnaf yang disumbangkan ZAWAF

SHAH ALAM, 29 Mac - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketibaan baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Pada majlis tersebut, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan duit raya berjumlah RM20,000 kepada 100 pelajar asnaf yang disumbangkan Bahagian zakat sedekah dan wakaf UITM (ZAWAF).

Selepas majlis penyampaian sumbangan baginda berdua turut berkenaan menyertai majlis bacaan Yasin. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah, EXCO Belia Mohd Najwan Halimi, Pengerusi UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose serta barisan pengurusan universiti.

Selepas santapan berbuka puasa, Sultan Selangor berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih. 

TETITIA YUSOFF