fb fb fb fb fb

Sultan Kedah berkenan berangkat ke majlis latihan ketenteraan

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Latihan Keupayaan Pasukan RAMD Batalion Infantri Mekanize di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah/FB KEDAH ROYAL FAMILY

SG PETANI, 4 November - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Latihan Keupayaan Pasukan RAMD Batalion Infantri Mekanize yang berlangsung di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah pada Isnin.
 
Keberangkatan baginda yang juga selaku Kolonel Yang DiPertua Kor Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD)
disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
 
Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff.
 
Sultan Sallehuddin turut perkenan menyaksikan demonstrasi yang menampilkan pelbagai aturgerak taktikal merangkumi simulasi elemen musuh, pergerakan kenderaan perisai, operasi tinjauan udara, bantuan tembakan darat serta sokongan udara. 
 

SITI AISHA MELISA YUHANIZ