Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Foto FB Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU, 11 Mei– Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar, hari ini sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, turut mengiringi Seri Paduka Baginda semasa sesi fotografi.
  • Keberangkatan Seri Paduka disambut Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
  • Sesi fotografi mengenang penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, hasil Kongres Melayu Ketiga dipimpin Datuk Onn Jaafar.

Turut mengiringi baginda ialah Pemangku Sultan Johor, Seri Paduka Baginda Tunku Mahkota Ismail.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, keberangkatan Seri Paduka Baginda disambut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Sesi fotografi ini diadakan bagi mengenang sejarah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, hasil Kongres Melayu Ketiga yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar,” menurut kenyataan itu.

Penubuhan parti UMNO menjadi antara titik penting dalam sejarah perjuangan nasionalisme negara, termasuk gerakan menentang Malayan Union sebelum negara mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.