
KUALA LUMPUR, 28 Mac – Penggiat ekonomi gig menarik nafas lega apabila kerajaan mengekalkan subsidi petrol yang membantu mengurangkan kos operasi harian mereka.
- Pemandu e-hailing Jumrih berkata subsidi banyak membantu ketika harga bahan api tidak menentu.
- Bantuan memberi kelegaan dan membantu menstabilkan pendapatan harian pemandu.
- Penunggang p-hailing menerima subsidi bersasar 200 liter sebulan, walaupun kuota lebih rendah, tetap mengurangkan kos harian.
- Subsidi sebanyak 800 liter sebulan bagi pemandu e-hailing menyokong kelangsungan ekonomi gig dan mengurangkan tekanan kos.
Seorang pemandu e-hailing, Jumrih Sihin berkata subsidi itu banyak membantu terutama dalam keadaan harga bahan api tidak menentu.
“Kalau tak ada subsidi, memang terasa perbezaannya. Isi minyak RM50 boleh jadi RM80 tanpa subsidi,” katanya.
Seorang lagi pemandu, Johan Abdullah berkata bantuan itu memberi sedikit kelegaan dan membantu menstabilkan pendapatan harian.
Dalam pada itu, penunggang p-hailing, Danish Irfan Shamsuri berkata subsidi berkenaan tetap membantu walaupun kuotanya lebih rendah berbanding pemandu kereta.
“Sekurang-kurangnya kos minyak dapat dikurangkan untuk kegunaan harian,” katanya.
Seorang lagi penunggang, Ahmad Ridhuan Mohd Nusi menyifatkan bantuan itu sebagai langkah positif dalam menyokong golongan pekerja gig.
Pelaksanaan subsidi berkenaan dijangka membantu mengurangkan tekanan kos serta menyokong kelangsungan ekonomi gig negara.
Kerajaan mengekalkan subsidi petrol sebanyak 800 liter sebulan bagi pemandu e-hailing.
Manakala penunggang p-hailing menerima subsidi bersasar sebanyak 200 liter sebulan.