Struktur siling KIA alami kerosakan akibat hujan lebat, angin kencang – Malaysia Airports

Foto Tular

KUCHING, 25 Ogos – Sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat serta angin kencang petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas disahkan terkawal oleh Malaysia Airports.
  • Pasukan petugas lapangan terbang menjalankan pemeriksaan dan menyelaras tindakan susulan.
  • Keutamaan adalah memastikan kesejahteraan serta keselamatan penumpang, pengguna dan petugas.
  • Operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa; usaha giat memastikan kemasukan terminal selamat dan lancar.

Malaysia Airports memaklumkan kawasan terjejas telah dipastikan terkawal manakala pasukan petugas lapangan terbang itu telah menjalankan pemeriksaan dan menyelaras tindakan susulan yang diperlukan.

“Keutamaan kami adalah memastikan kesejahteraan dan keselamatan penumpang, pengguna lapangan terbang serta petugas,” menurut Malaysia Airports dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi di lapangan terbang berkenaan berjalan seperti biasa namun usaha sedang ditumpukan bagi memastikan penumpang dapat memasuki terminal dengan selamat dan lancar.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.