SPRM tubuh pasukan khas teliti laporan RCI TH

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) yang didedahkan semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tumpuan siasatan kepada unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
  • Semakan akan dijalankan menurut Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001 serta kesalahan berkaitan lain.
  • SPRM komited ambil tindakan tegas tanpa mengira kedudukan, berpegang pada kedaulatan undang-undang, akauntabiliti dan integriti; orang ramai diminta tidak berspekulasi.

Menurut SPRM, pasukan khas itu diketuai Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar, dengan tumpuan diberikan kepada sebarang isu perundangan berkaitan unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa atau pengubahan wang haram.

“Semakan itu akan dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613), serta mana-mana kesalahan berkaitan.

“SPRM komited untuk memastikan setiap isu yang dibangkitkan melalui laporan tersebut diteliti dengan sewajarnya dan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus menjalankan tanggungjawab berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang, akauntabiliti dan integriti, tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan sehingga proses semakan dan siasatan selesai sepenuhnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.