SEGAMAT, 4 Januari – Situasi banjir di Segamat, Johor, tidak banyak berubah apabila seramai 85 penduduk daripada 25 keluarga dilaporkan masih terjejas setakat pukul 10 pagi tadi.
- 85 penduduk dari 25 keluarga masih terjejas setakat 10 pagi.
- Angka mangsa tidak berubah sejak pukul 8 malam tadi menurut JPBD.
- Mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara sekitar Jementah dan Buloh Kasap.
- PPS Balairaya Kampung Batu Badak mencatatkan jumlah tertinggi, 36 orang; tiada amaran cuaca buruk.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan angka tersebut tidak menunjukkan perubahan sejak pukul 8 malam tadi.
Mereka kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar kawasan Jementah dan Buloh Kasap.
PPS Balairaya Kampung Batu Badak memuatkan paling ramai penduduk terjejas dengan 36 orang, disusuli PPS Dewan Serbaguna Kampung Tandong dengan 17 orang.
Manakala Dewan Serbaguna Kampung Tasek memuatkan 15 orang, Balairaya Kampung Sanglang, 14 dan Balairaya Kampung Paya, tiga.
Tiada amaran hujan lebat atau ribut petir diramalkan.