
KUALA LUMPUR, 1 Mac -Masyarakat diminta untuk menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama.
- Serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasatan berhubung provokasi agama.
- Pemeriksaan dijalankan secara menyeluruh dan telus mengikut lunas undang-undang.
- Kerajaan MADANI berjanji menegakkan keadilan dan memelihara keamanan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kebenaran akan terungkai secara menyeluruh dan telus melalui siasatan yang sedang dijalankan.
“Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar menegaskan bahawa tuduhan yang mengatakan kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas.
Beliau berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.
Pada 25 Februari lepas, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial dan setakat semalam.
Sebanyak 28 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan.