Banteras aktiviti penyeludupan: langkah proaktif AKPS tunjuk perkembangan positif

Pengerusi MCPF Kedah, Datuk Dr. Zulkifly Mohamad

BUKIT KAYU HITAM, 1 Mac – Langkah proaktif Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), dalam membanteras aktiviti penyeludupan terutama di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam menunjukkan perkembangan yang positif.

RINGKASAN BERITA AI
  • AKPS tunjuk perkembangan positif dalam membanteras penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.
  • Berjaya membuat banyak tangkapan dan rampasan termasuk minyak diesel, kenderaan, beras dan daging babi.
  • Op Bersepadu Bil. 1/2026 dilaksanakan sebulan menunjukkan hasil operasi yang ketara.
  • Keperluan meningkatkan keselamatan pegawai dan anggota selepas insiden menembak komander AKPS.

Langkah berkenaan dapat dilihat apabila banyak kes tangkapan dan rampasan dilakukan oleh agensi itu sejak tahun lalu hingga kini.

Rampasan pelbagai barangan termasuk minyak diesel, kenderaan, beras dan daging babi dengan nilai RM3.1 yang cuba diseludup masuk ke negara ini merupakan antara kejayaan AKPS.

Ia hasil Op Bersepadu Bil. 1/2026 yang dilaksanakan selama sebulan bermula 15 Januari hingga 15 Februari lalu.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah, Datuk Dr. Zulkifly Mohamad berkata,
tahap keselamatan membabitkan pegawai dan anggota yang bertugas di sempadan perlu juga dipertingkat dan diberi perhatian oleh pihak berwajib.

“Anggota yang bertugas telah melaksanakan tugas khususnya untuk menjaga keselamatan sempadan kita.

“Hasrat kerajaan adalah menutup lubang-lubang yang mendatangkan ketirisan kepada kita terutama di sempadan-sempadan.

“Kejadian menembak komander AKPS itu amat mengejutkan kita. Untuk itu, langkah-langkah keselamatan perlulah diambil dengan lebih teliti,” beliau berkata demikian kepada RTM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.