
KUALA LUMPUR, 12 September – UMNO akan terus komited membina kekuatan dan tidak bergantung kepada ihsan pihak lain untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti.
- UMNO mempunyai peranan dalam kerajaan bersama Pakatan Harapan.
- Pendirian parti selaras dengan tujuan asal pembentukan kerajaan bersama PH untuk kestabilan pentadbiran.
- Tumpuan berterusan diberikan untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
- Beliau mengulas perkara itu kepada media selepas Perhimpunan Agung UMNO 2026 di WTCKL.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu mempunyai peranan dalam kerajaan dan pendirian itu selaras dengan tujuan asal pembentukan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH), antaranya bagi memastikan kestabilan pentadbiran negara.
“UMNO mempunyai peranan dalam kerajaan bersama sama dengan PH pada awalnya. Asas kita adalah kita mengurus negara bersama dan stabilkan negara kerajaan,” tegasnya.
Dalam pada itu katanya, tumpuan akan terus diberikan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau bercakap kepada media selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.