
MANILA, 13 September – Angka korban kebakaran feri M/V June Aster di Filipina meningkat kepada 76 orang selepas 41 lagi mayat ditemukan.
- Mayat mangsa dibawa ke pelabuhan di Coron, Palawan untuk proses pengecaman dan pengurusan selanjutnya.
- Waris akan dipanggil mengenal pasti barangan peribadi sebelum diminta memberikan sampel DNA bagi pengesahan identiti.
- Kebakaran dipercayai bermula di ruang kargo dan merebak dengan sangat pantas ke seluruh kapal.
Pengawal Pantai Filipina pada Sabtu memaklumkan mayat mangsa dibawa ke sebuah pelabuhan di Coron, Palawan bagi proses pengecaman dan pengurusan selanjutnya.
Jurucakap rasmi, Kristine Ablana berkata waris akan dipanggil untuk mengenal pasti barangan peribadi mangsa sebelum sampel DNA diambil bagi tujuan pengesahan identiti.
“Apabila seseorang dapat mengesahkan bahawa gambar atau barangan itu memang milik ahli keluarga mereka, barulah mereka akan diminta memberikan sampel DNA,” katanya.Feri MV June Aster dalam perjalanan dari Manila ke Coron di Palawan apabila ia terbakar pada malam Rabu.
Laporan awal menyebut kapal itu membawa 117 penumpang dan 17 anak kapal.
Kebakaran dipercayai bermula di ruang kargo sebelum merebak dengan sangat pantas ke seluruh kapal.
Seramai 30 penumpang termasuk dua warga Chile serta 13 anak kapal berjaya diselamatkan.
Kapal yang hangus terbakar itu kini terkandas kira-kira 7.5 kilometer dari pantai. – AFP