BRICS: Agenda pertumbuhan global inklusif antara tumpuan kenyataan PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

NEW DELHI, 13 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada hari terakhir Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengukuhkan hubungan antara anggota dan negara rakan BRICS untuk membentuk pertumbuhan global yang lebih inklusif.
  • Menekankan kepentingan kerjasama bagi menangani cabaran pembangunan global.
  • Memperluas peluang ekonomi, memastikan manfaat teknologi dan inovasi dinikmati secara inklusif oleh semua negara.
  • Mengukuhkan peranan Malaysia dalam menyokong pembangunan seimbang serta kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, digital, pendidikan dan keterhubungan serantau.

Fokus kenyataan dijangka tertumpu kepada usaha membentuk pertumbuhan global lebih inklusif menerusi pengukuhan kerjasama antara negara anggota dan negara rakan BRICS.

Datuk Seri Anwar turut dijangka menekankan kepentingan kerjasama berkenaan dalam menangani pelbagai cabaran pembangunan yang dihadapi dunia ketika ini.

Pada masa sama, tumpuan akan diberi kepada usaha memperluas peluang ekonomi serta memastikan manfaat kemajuan teknologi dan inovasi dapat dinikmati secara lebih inklusif semua negara.

Pendekatan itu selaras usaha Malaysia memperkukuh peranan dan sumbangannya dalam kerjasama BRICS, terutama dalam menyokong agenda pembangunan lebih seimbang.

Selepas New Delhi, Perdana Menteri akan meneruskan perjalanan ke Keralam bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dengan India.

Lawatan itu turut membuka ruang kepada kerjasama strategik dalam beberapa sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, pembangunan modal insan dan tenaga kerja, pendidikan serta keterhubungan serantau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.