fb fb fb fb fb

Selangorfm santuni mualaf orang asli Mah Meri

Program Syahadah anjuran Selangorfm dan Asyikfm di Bukit Bangkong, Sepang hari ini

SEPANG, 7 Julai- Selangorfm mengambil inisiatif menyantuni golongan mualaf daripada suku kaum orang asli Mah Meri di Bukit Bangkong, di sini, sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1446H/2024M hari ini.

Seramai 143 orang mualaf menerima sumbangan keperluan harian dan naskah suci al-Quran. Program dengan kerjasama Asyikfm itu bertujuan mendekati komuniti orang asli di Selangor, selain menyebarkan syiar Islam.

Sementara itu, Pengerusi Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Marin Mungai menyifatkan program terbabit sangat bermanfaat dan memberi semangat kepada saudara baru dalam Islam.

"Saya ucap terima kasih kepada Selangorfm, Asyikfm dan juga penaja-penaja yang beri sumbangan kepada masyarakat orang asli beragama Islam.

"Kami harap program seperti ini diteruskan... saya juga harap pihak Asyikfm, Selangorfm akan datang lagi kerana program ini sangat memanfaatkan untuk kami," katanya kepada pemberita di sini.

Selain penyampaian sumbangan, turut diadakan ceramah Mawaddah agama sempena Maal Hijrah dan program Jom Exchange al-Quran (JEQ).

Turut serta dalam program berkenaan adalah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

SITI AISHAH MD ISA