Pembiayaan PTPK sebagai geran : KESUMA dapatkan ulasan, pandangan kementerian berkaitan

Setiap peruntukan yang diterima sama ada sebagai geran atau pinjaman perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri 

DURIAN TUNGGAL, 15 Ogos – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang mendapatkan ulasan serta pandangan daripada kementerian berkaitan mengenai cadangan menjadikan pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dalam bentuk geran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiap peruntukan sama ada geran atau pinjaman mesti mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
  • Dana PTPK sebanyak RM100 juta berbentuk pinjaman, cadangan untuk ditukar menjadi geran akan dibawa ke Jemaah Menteri.
  • Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar TVET selepas tamat pengajian.

Menterinya, Datuk Seri R. Ramanan berkata perkara berkenaan akan dibawa ke peringkat jemaah Menteri dalam tempoh terdekat untuk pertimbangan kelulusan.

“Setiap peruntukan yang diterima sama ada digunakan sebagai geran atau pinjaman perlu dapatkan kelulusan Jemaah Menteri.

“Dana yang diperoleh PTPK berjumlah RM100 juta tetapi syaratnya sebagai pinjaman. Perbincangan dan cadangan telah dibuat untuk dibawa ke peringkat Jemaah Menteri bagi pertimbangan,”katanya selepas Sesi Dialog Antara Belia Bersama Menteri Manusia sempena Karnival MYFutureJobs Lindung Kerjaya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Inisiatif berkenaan, katanya bertujuan meringankan beban kewangan pelajar program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selepas tamat pengajian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.