
GEORGE TOWN, 15 Ogos – Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilaporkan merasai gegaran susulan gempa bumi bermagnitud 6.4 yang melanda Sumatera Utara, Indonesia, petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Gegaran susulan gempa bermagnitud 6.4 di Sumatera Utara dirasai di beberapa kawasan Pulau Pinang.
- Kawasan terlibat termasuk Batu Kawan, Butterworth, Bayan Baru dan Batu Ferringhi.
- Pegawai dan anggota JBPM membuat pemeriksaan lanjut ke atas bangunan di lokasi untuk menilai kerosakan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Fracis mengesahkan lima laporan berkaitan diterima pihaknya setakat ini.
“Gegaran dirasai antaranya melibatkan Batu Kawan, Butterworth, Bayan Baru dan Batu Ferringhi.
“Pegawai dan anggota telah ke lokasi dan melaksanakan pemeriksaan lanjut ke atas bangunan-bangunan,”katanya.