Selangor tunggu proses DPP selesai sebelum tentukan langkah pengurusan Rohingya

Facebook: Amirudin Shari

SHAH ALAM, 17 Ogos – Kerajaan Selangor sedang menunggu proses Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebelum menentukan langkah selanjutnya berkaitan komuniti Rohingya dan individu tanpa kerakyatan di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Data DPP akan menjadi asas kerajaan negeri merancang pengurusan dan penempatan komuniti Rohingya dan individu tanpa kerakyatan.
  • Proses pendaftaran tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan negeri menunggu penyelesaian sebelum susun semula tanggungjawab.
  • Penyusunan semula melibatkan pemberian lesen UNHCR kepada kerajaan negeri dan Persekutuan.
  • Program DPP melibatkan pendaftaran biometrik, tapisan keselamatan dan pengesahan status; fasa pertama daftar 4,000 tahanan depot imigresen.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata data yang diperoleh melalui DPP akan menjadi asas kepada kerajaan negeri dalam merancang pengurusan dan penempatan komuniti terbabit.

“Ini merupakan bidang kuasa KDN dan kita masih menunggu proses pendaftaran selesai, sebelum menyusun semula tanggungjawab berkaitan pemberian lesen Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kepada kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Proses penghantaran pulang turut memerlukan persetujuan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara SmartSel Sdn. Bhd. dan PG LinkaranFibre Sdn. Bhd di sini.

Program DPP yang dilaksanakan sejak 1 Januari lalu merangkumi pendaftaran biometrik, tapisan keselamatan serta pengesahan status individu yang memohon perlindungan sementara.

Fasa pertama melibatkan tahanan di depot imigresen dengan 4,000 individu sudah didaftarkan.

Fasa kedua pula akan membabitkan pemegang kad UNHCR dan dijadualkan bermula pada separuh kedua tahun ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.