fb fb fb fb fb

Selangor peruntuk lebih RM1 juta subsidi tambang bas SJKT

V Papparaidu

SHAH ALAM, 7 September- Kerajaan Selangor telah memperuntukkan RM1.027 juta bagi subsidi tambang bas sekolah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri pada tahun ini.

Seramai 3,426 pelajar dari 99 buah SJKT menerima baucer subsidi bernilai RM300 setiap seorang bertujuan membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah membayar tambang bas sekolah.

Exco Pembasmian Kemiskinan Selangor V Papparaidu berkata majoriti SJKT yang terlibat berada di kawasan pedalaman dengan penerima utama terdiri daripada keluarga B40.

"Program tahunan ini membantu murid-murid B40 serta pelajar estet membayar tambang bas sekolah, dan ramai ibu bapa serta pelajar mendapat manfaat daripadanya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah dan Penghargaan Tokoh Guru SJKT negeri Selangor 2024 di sini hari ini.

SITI AISHAH MD ISA