ISKANDAR PUTERI, 21 Mei- Johor menyasarkan hasil kutipan sebanyak RM42.48 bilion bagi sektor pelancongan, tahun hadapan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sasaran itu berdasarkan kepada jumlah kehadiran 12 juta orang pelancong yang bakal melawat Johor.
"Jadi, sasaran kita untuk tahun depan ialah 12 juta pelancong, dan limpahan ekonominya dijangka besar.
"Berdasarkan data rasmi Tourism Malaysia, perbelanjaan purata per kapita pelancong ialah RM3,500," katanya
Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar di sini.
Kerajaan negeri juga membelanjakan sebanyak RM48.75 juta bagi 18 projek pelancongan dalam negeri, dengan beberapa tempat pelancongan akan dibuka tahun ini.