KUALA LUMPUR, 23 Jun- Satelit MEASAT-3d berjaya ditempatkan di orbit setelah dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana pada pukul 5.50 minit pagi ini waktu Malaysia.
Dengan pelancaran satelit telekomunikasi baharu itu, Malaysia akan dapat memperkukuh teknologi talian tetap, mudah alih dan satelit tanpa meminggirkan mana-mana kelompok rakyat di negara ini.
Berita berkaitan
Perdana Menteri saksi siaran langsung pelancaran satelit MEASAT-3d
Pelancaran Measat 3d bakal beri liputan internet 100 peratus selaras pelan jendela
Malaysia lancar satelit MEASAT-3D Khamis ini
MEASAT-3d bakal beri liputan meluas dan pengalaman jalur lebar lebih baik
(Satelit MEASAT-3d berjaya ditempatkan di orbit setelah dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana pada pukul 5.50 minit pagi ini waktu Malaysia)
Siaran langsung pelancaran disaksikan secara langsung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Beliau diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Timbalannya Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Turut hadir menyaksikan siaran langsung itu, beberapa menteri kabinet.
Antaranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pelancaran tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Berita RTM.