KUALA LUMPUR, 9 November - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengesahkan akan meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Persekutuan.
Perkara itu dimaklumkan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu melalui satu muat naik di Facebook Ewon Benedick Official Media.
Datuk Ewon akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan mengenai peletakan jawatan tersebut.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas ruang kebersamaan dalam Kabinet Persekutuan yang mana telah menjadi ruang untuk saya perjuangkan prinsip berkaitan dengan hak-hak Sabah.