
KUALA LUMPUR, 7 April – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik.
RINGKASAN BERITA AI
- Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat.
- Isteri mendiang Toh Puan Ong Ee Nah dan anak Ling Hee Keat menyambut ketibaan baginda berdua.
- Sultan Nazrin menulis kata-kata semangat dalam buku takziah untuk ahli keluarga Dr Ling.
- Sultan Nazrin dan Tuanku Zara meluangkan masa menyantuni ahli keluarga sebelum berangkat pulang.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut isteri mendiang, Toh Puan Ong Ee Nah dan anak lelakinya, Ling Hee Keat.
Sultan Nazrin turut berkenan menulis kata-kata semangat kepada ahli keluarga Dr Ling dalam sebuah buku takziah sebelum memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan meluangkan masa menyantuni ahli keluarga mendiang sebelum berangkat pulang.