fb fb fb fb fb

Perdana Menteri saksi siaran langsung pelancaran satelit MEASAT-3d

KUALA LUMPUR, 23 Jun-  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sekitar pukul 4.30 pagi bagi menyaksikan siaran langsung pelancaran satelit MEASAT-3d.

Pelancaran dijadualkan berlangsung di French Guiana, Amerika Selatan.

Turut hadir menyaksikan siaran langsung itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Timbalannya Datuk Zahidi Zainul Abidin, Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

(Datuk Seri Ismail Sabri  tiba sekitar pukul 4.30 pagi bagi menyaksikan siaran langsung pelancaran satelit MEASAT-3d di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL)

 

Media Baharu