fb fb fb fb fb

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa tiga negeri pantai timur hingga 4 pagi

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 8 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Terengganu, Kelantan dan Pahang hingga 4.00 pagi Ahad, 9 November 2025.

Ia melibatkan seluruh negeri Terengganu, dan daerah Gua Musang di Kelantan. Manakala di Pahang, daerah yang dijangka terjejas ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

EZA YUSMAWATI YAACOP