Gempa bumi sederhana landa Myanmar

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud berlaku di Myanmar pada pukul 9.19 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa sederhana magnitud 5.0 berlaku di Myanmar malam tadi.
  • Epicenter dikesan pada koordinat 22.7N, 96.3E dengan kedalaman 10 kilometer.
  • Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada koordinat 22.7 darjah utara dan 96.3 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi itu berada pada jarak 78 kilometer utara dari Mandalay, Myanmar.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan.