fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas meningkat

FOTO BERNAMA

KUCHING, 1 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan setakat pukul 10 malam tadi.

Jumlah penduduk terjejas kini bertambah kepada 952 orang melibatkan 273 keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan di Dewan Suarah Kota Samarahan, menjadikanya menjadikan lapan PPS yang beroperasi ketika ini.

Kawasan Batu Kawa terus mencatatkan penduduk berlindung di PPS paling ramai dengan 259 penduduk di Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru dari 54 buah keluarga.

Diikuti PPS Dewan Masyarakat Stapok kekal dengan 203 orang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD