fb fb fb fb fb

Virus polio dikesan dalam sampel kumbahan di London - WHO

GENEVA, 23 Jun - Sejenis virus polio yang diperoleh daripada vaksin telah dikesan dalam sampel kumbahan di London, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pegawai kesihatan Britain, sambil menambah bahawa lebih banyak analisis sedang dijalankan.

Tiada kes polio manusia ditemukan di Britain, setelah dua dekas penyakit melumpuhkan itu dihapuskan sepenuhnya.

Menurut kenyataan WHO, virus polio terbitan vaksin jenis 2 (VDPV2) telah ditemukan dalam sampel alam sekitar di London.

"Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa virus itu telah diasingkan daripada sampel persekitaran sahaja," katanya, sambil menekankan bahawa "tiada kes lumpuh yang berkaitan telah dikesan."

(Foto wikipedia)

Tetapi ia memberi amaran, "sebarang bentuk virus polio di mana-mana adalah ancaman kepada kanak-kanak di mana-mana."

Usaha global besar-besaran dalam beberapa dekad kebelakangan ini hampir menghapuskan polio, penyakit virus yang melumpuhkan dan berisiko membawa maut terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Jumlah kes telah menurun sebanyak 99% sejak 1988, apabila polio menjadi endemik di 125 negara dan 350,000 kes direkodkan di seluruh dunia.

Versi liar virus itu kini hanya wujud di Afghanistan dan Pakistan, namun sejenis vaksin yang mengandungi sejumlah kecil polio lemah sekali sekala menyebabkan wabak di tempat lain. -AFP

Media Baharu