fb fb fb fb fb

Penerbit filem perlu lebih agresif ketengahkan karya tempatan

(Tan Sri Annuar Musa ditemui wartawan selepas menyaksikan tayangan khas Filem Mat Kilau/FB KKMM)

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Penerbit filem tempatan perlu lebih agresif dalam memasarkan filem mereka ke pentas antarabangsa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun memiliki skrip, pelakon dan arahan yang baik, faktor daya pemasaran yang mantap perlu lebih dititikberatkan agar karya mereka mampu pergi lebih jauh.

"Kita di Cannes baru-baru ni mencecah hampir RM160 juta buat pertama kalinya berurusan, urus niaga filem tempatan. Itu belum kita secara habis-habisan. Bermakna filem-filem tempatan ni kita perlu lebih agresif untuk memasarkan bukan saja dalam negara tapi ke luar negara," kata beliau.

(Tan Sri Annuar Musa bergambar selepas menyaksikan tayangan khas Filem Mat Kilau/FB KKMM)

Jelasnya, perlu ada hubungan dengan pengedar yang baik di samping menyertai lebih banyak festival filem.

Kerajaan juga akan memastikan perjanjian persefahaman pemasaran filem tempatan dengan negara-negara ASEAN dapat dilakukan.

Tan Sri Annuar menyatakannya selepas menyaksikan tayangan khas Filem Mat Kilau di ibu negara.

Media Baharu