fb fb fb fb fb

Sasaran 50 peratus pendaftaran PADU boleh dicapai

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

PETALING JAYA, 31 Mac - Sasaran 50 peratus pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) boleh di capai menjelang hari terakhir pendaftarannya, hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata ia berikutan pembukaan sebanyak 1,902 kaunter pendaftaran fizikal yang beroperasi di seluruh negara.

"Jadi kalau kita lihat setakat ini kita dah ada 48 peratus iaitu dalam 10.61 juta. Jadi seperti yang telah kita lihat dalam banyak inisiatif baru, memang kita sukar untuk mencapai satu senario yang ideal 100 peratus.

"Namun sasaran 50 peratus ialah satu perkara yang orang kata memang boleh dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Mesra Datuk Bandar & Program Pendaftaran Padu Bersama Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Subang Jaya, di sini.

Tambah Mohd Uzir, pembukaan kaunter fizikal tersebut memudahkan rakyat membuat urusan pendaftaran secara bersemuka khususnya warga emas yang menghadapi masalah untuk mendaftar secara dalam talian.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN