fb fb fb fb fb

Sambutan Hari RTM ke-76: MELAKA fm sedia program buat pendengar

 

MELAKA, 30 Mac- Menjelang sambutan Hari RTM ke-76 pada 1 April ini, pelbagai program disediakan RTM Melaka khusus buat pendengar MELAKA fm.

Menurut Pengarah RTM Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali, ia termasuk pertandingan kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai buat pemenang bermula 29 Mac hingga 2 April.

Selain itu, RTM Melaka turut membawakan semula penyampai-penyampai yang pernah bersama menggegarkan konti MELAKA fm iaitu DJ Elfie, DJ Amy dan DJ Peai.

Sementara itu, konsert Gegau Maya MELAKA fm juga diadakan buat pendengar yang menampilkan penyanyi terkenal tanah air seperti Sharifah Zarina, Azharina Azhar dan Liza Hanim.

“Banyak rancangan menarik yang kita sediakan antaranya kuiz, kuiz kita buka kali ini, sebelum ini kita satu hari, satu je soalan kuiz, tapi kali ni kita buka lima kali satu hari sepanjang 29 hingga 2 April ni, jadi kepada pendengar-pendengar terus menghubungi MELAKA fm dan menjawab soalan kuiz menang RM100 dan pada malamnya tu kita adakan konsert bagi memeriahkan lagi sambutan kita pada kali ini, memang terbaik," kata Mohd Yusni ketika diwawancara di konti MELAKA fm di Jalan Taming Sari, Melaka.


(Pengarah RTM Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali)

 

Media Baharu