fb fb fb fb fb

SADE: Selangor sedia kaji semula syarat layak permohonan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari/Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 22 November-Selangor sedia menerima pandangan semua pihak, termasuk mengkaji syarat kelayakan bagi memastikan pelaksanan Skim Air Darul Ehsan (SADE) terus diperkasa.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata antara cadangan yang sedang dipertimbang adalah menaikkan syarat had pendapatan isi rumah berbanding ketika ini RM5,000.

"Saya sedia  menerima pandangan. Mungkin kita perlu menaikkan lantai penerima sekarang ni dalam RM5,000. Kita tengok balik untuk memenuhkan berapa ramai lagi.

"Kita akan menaikan lantai RM7,000 atau RM8,000 itu berdasarkan pengumuman yang akan laksanakan dan umumkan tadi", katanya demikian menjawab soalan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung prestasi dan pencapaian program Bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) di Dewan Negeri Selangor di sini.

Menurutnya, kerajaan negeri telah membuka pendaftaran bagi memastikan inisiatif air percuma hanya diberikan kepada isi rumah yang benar-benar berkelayakan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan 600,000 akaun telah mendaftar untuk menikmati inisiatif skim air percuma 20 meter padu sebulan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD