RUU Syarikat Amanah dijangka dibentangkan di Parlimen, bakal ganti Akta 100

RUU berkenaan beri fokus empat kluster utama merangkumi pelbagai dasar dan polisi baharu/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat Amanah dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini, bagi menggantikan Akta 100 yang bakal dimansuhkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • RUU tumpu empat kluster utama merangkumi dasar dan polisi baharu bagi Syarikat Amanah.
  • Rangkuman pentadbiran dan tadbir urus syarikat amanah termasuk proses pemotongan nama.
  • Termasuk mekanisme penyelamat korporat untuk menangani krisis kewangan syarikat amanah.
  • Aturan penggulungan dan pembubaran syarikat amanah turut diperincikan dalam RUU.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh memaklumkan, RUU berkenaan memberi fokus kepada empat kluster utama yang merangkumi pelbagai dasar serta polisi baharu.

“Selain itu, RUU berkenaan juga meliputi pentadbiran dan tadbir urus syarikat amanah serta pemotongan nama, mekanisme penyelamat korporat, penggulungan juga pembuburan syarikat amanah,” jelasnya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berhubung perkembangan reformasi kawal selia Syarikat Amanah Swasta, status pindaan Akta Syarikat Amanah 1949 di Dewan Rakyat.