fb fb fb fb fb

RMS santuni anak-anak yatim di Sabak Bernam

Foto RTM

SABAK BERNAM, 17 Mac- Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyantuni anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Daerah Sabak Bernam, hari ini. 

Baginda turut menyerahkan sumbangan tunai hari raya kepada 45 orang anak yatim di pertubuhan kebajikan berkenaan. 

Pada majlis itu, Tengku Amir Shah juga berkenan menyampaikan watikah lantikan kepada 10 orang Ketua Sahabat Prihatin Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) (K-SPY) dari daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Mereka berperanan dalam membantu dan menyokong YIDE untuk mengenal pasti anak-anak yatim baharu untuk disantuni di daerah masing-masing.

Turut berlangsung pada majlis berkenaan ialah penyerahan cek daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Daerah Sabak Bernam bernilai RM100,000 sebagai bantuan kos membaik pulih rumah anak yatim itu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM