JOHOR BAHRU, 16 Disember - Kerajaan negeri Johor disaran membentangkan kertas cadangan bagi pengambilan tanah milik Kementerian Kesihatan, di Kempas untuk dimajukan rumah mampu milik Johor, RMMJ.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berharap, kertas cadangan itu dapat dibentangkan dalam suku pertama tahun depan.
"Kerajaan negeri sebelum ini, menyuarakan hasrat membangunkan RMMJ di tanah KKM yang tidak dimajukan di Kempas,"katanya selepas lawatan rasmi di Hospital Permai, di sini yang turut dihadiri EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon.
Dalam masa sama, beliau memuji usaha Johor membantu KKM meningkatkan perkhidmatan kesihatan, termasuk menyediakan Klinik Kesihatan Sultan Ismail, Johor Bahru.
Johor menjadi negeri pertama melaksanakan usaha itu, melibatkan kos RM2.4 juta, melibatkan sewaan premis selama 10 tahun.