RM445 juta untuk masyarakat Orang Asli pada 2027

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM445 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak dijalankan sebagai projek pembangunan Orang Asli.
  • Pembinaan tabika Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan.
  • Asrama khas 100 tempat di daerah Kinta, Perak bagi membantu murid Orang Asli jauh dari sekolah.
  • Pengumuman disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Ini termasuk penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak serta pembinaan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju membina sebuah asrama khas berkapasiti 100 tempat di daerah Kinta, Perak, bagi membantu anak Orang Asli yang tinggal jauh dari sekolah dan berisiko tercicir akibat kesukaran berulang-alik setiap hari.

Beliau menyatakannya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan atau Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.