fb fb fb fb fb

RM20,000 disalur kepada Persatuan Penulis Bahasa Tamil Malaysia

Usaha berterusan beliau dalam menyokong pembangunan bahasa, budaya dan kreativiti masyarakat pelbagai kaum

KUALA LUMPUR, 4 Mei - RM20,000 diperuntukkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching kepada Persatuan Penulis Bahasa Tamil Malaysia.

Ia usaha berterusan beliau dalam menyokong pembangunan bahasa, budaya dan kreativiti masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Peruntukan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengadakan pelbagai inisiatif dan aktiviti berkaitan antaranya Pertandingan Penulisan Cerpen.

"Saya rasa ini memang merupakan satu usaha yang yang sangat bagus untuk menyokong penulis-penulis kita dalam bahasa Tamil. Saya telah meminta stesen radio RTM iaitu Minnal FM untuk memberi bantuan yang diperlukan," kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Penulisan Cerpen Bahasa Tamil 2025 di Angkasapuri Kota Media, ibu negara.

Mengulas mengenai pertandingan tersebut, Teo gembira dengan penyertaan generasi muda dalam dunia penulisan bahasa Tamil.

Pertandingan tersebut merekodkan lebih 200 penyertaan dan 20 cerpen terbaik telah dipilih.

Johan, dimenangi oleh R. Dharisyan, tempat kedua pula, M. Kartigesan manakala tempat ketiga, milik P. Athyletchumy.

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR