
PUTRAJAYA, 21 April- Sejumlah RM100 tambahan bantuan tunai interim di bawah insiatif BUDI Diesel mula disalurkan hari ini kepada penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bantuan meningkat kepada RM400 bagi setiap penerima.
- Kementerian Kewangan umum penyaluran bantuan menerusi hantaran rasmi Facebook.
- Langkah ini adalah bantuan tunai tambahan interim kepada penerima program berkenaan.
- Inisiatif berkenaan menunjukkan komitmen berterusan kerajaan membantu rakyat yang layak.
- Tujuan utama untuk meringankan impak kenaikan kos diesel dan tekanan kos sara hidup semasa.
Kementerian Kewangan dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini memaklumkan penyaluran itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat yang layak.
“RM100 tambahan interim mula disalurkan hari ini, 21 April 2026 kepada penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi,” menurut hantaran itu yang turut dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebooknya.
Menurut kementerian itu, langkah berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kesan kenaikan kos diesel dan kos sara hidup semasa.