
KUALA LUMPUR, 21 April- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi sederhana yang melanda rantau sempadan Myanmar-India pada 8.29 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai gempa.
- Magnitud gempa dicatatkan pada 5.1.
- Koordinat pusat gempa 24.6 darjah Utara, 94.6 darjah Timur.
- Kedalaman 82 km; lokasi kira-kira 287 km utara Monywa, Myanmar.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi berkenaan bermagnitud 5.1.
“Gempa berlaku pada koordinat 24.6 darjah utara dan 94.6 darjah timur dengan kedalaman 82 kilometer (km),” menurut METMalaysia.
Menurut kenyataan itu, gegaran tersebut berlaku pada jarak kira-kira 287km utara dari Monywa, Myanmar.