
KUALA LUMPUR, 11 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri, yang dijangka berterusan hingga 12 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Amaran dikeluarkan pada pukul 9 pagi.
- Kedah: Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang.
- Perak: Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak; Negeri Sembilan: Rembau, Tampin.
- Seluruh Melaka serta daerah Johor: Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru; orang ramai dinasihatkan rujuk saluran rasmi MetMalaysia.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi itu melibatkan Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang; Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); serta Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin).
Amaran sama turut melibatkan seluruh Melaka, selain beberapa daerah di Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.- BERNAMA