fb fb fb fb fb

Replika naga kitar semula terima pengiktirafan MBOR

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyaksikan penyerahan Sijil MBOR kepada Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng

KUCHING, 21 Januari- Replika naga kitar semula yang dibina di Tugu Kucing Putih Padungan menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai replika naga terpanjang dibuat menggunakan bahan kitar semula.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, replika berkenaan menjadi lambang bahan kitar semula juga boleh menjadi daya tarikan yang cantik kepada penduduk serta pelancong khususnya.

Replika naga sepanjang 18.88 meter itu mengambil masa sebulan untuk disiapkan, melibatkan 400 orang tenaga kerja.

Ia dibina menggunakan 2,000 keping cakera padat, 2,271 botol plastik, 415 tin aluminium dan dua peralatan elektrik.

Pembinaannya dilaksanakan menerusi kerjasama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia.

“Mengapa kami memilih membinanya di Tugu Kucing Putih? Ini kerana selain simbol perpaduan kaum, Tugu Kucing Putih ini juga merupakan lokasi popular pilihan orang awam dan pelancong,"katanya selepas menyaksikan penyerahan Sijil MBOR kepada Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng.

Terdahulu, turut diadakan Upacara Menyalakan Lampu sempena Tahun Baharu Cina.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE