fb fb fb fb fb

Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan di Puchong

FOTO BOMBA SELANGOR

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mati lemas ketika bermandi-manda bersama empat rakannya di Sungai Rasau di Kampung Pulau Meranti, Puchong dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.41 petang.

Beliau berkata pegawai dan anggota Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang turut membantu dalam operasi mencari mangsa yang dilapor lemas dan dihanyutkan air ketika mandi di sungai itu.

“Mangsa ditemukan pada 6.36 petang pada jarak 30 meter dari lokasi remaja itu dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE