
SUNGKAI, 5 Julai – Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang bertembung di Jalan Kuala Bikam, di sini, hari ini.
- Pihak JBPM Perak menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.28 pagi.
- Sepasukan anggota BBP Bidor digerakkan ke lokasi kejadian.
- Wanita ditemukan dalam kereta dan disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM.
- Mayat diserahkan kepada polis; dua lelaki cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.28 pagi.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor kemudian digerakkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, mangsa wanita ditemukan berada dalam kereta, sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dua lelaki yang cedera ringan pula menerima rawatan awal daripada pasukan bomba dan KKM sebelum dihantar ke hospital.