fb fb fb fb fb

Rangka kerja Ekonomi Madani sentiasa jadi rujukan tentukan setiap keputusan negara

Datuk Seri Amir Hamzah bercakap pada Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF)

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Kerajaan sentiasa merujuk kepada rangka kerja Ekonomi Madani dalam menentukan setiap keputusan berkaitan masa depan negara.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, rangka kerja itu mempunyai arah tuju yang jelas termasuk pertumbuhan, keseimbangan dan tadbir urus ekonomi.

Antara keputusan yang dibuat termasuk usaha Malaysia dalam memastikan pencapaian karbon sifar bersih menjelang 2050.

"Ia memerlukan rangka yang jelas tetapi ia juga memerlukan pelaksanaan yang banyak. Jadi Malaysia komited dalam penglibatan dengan pemain tenaga dan juga pembaharuan tenaga,"katanya.

Beliau bercakap di Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF).

Dalam pada itu, beliau turut melancarkan pelan induk untuk hab blockchain patuh Syariah (SBH) pertama di dunia bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Permintaan global untuk produk pelaburan patuh Syariah dianggarkan sebanyak 3.8 trilion Dolar Amerika.

Justeru potensi teknologi 'blockchain' akan menyumbang dengan ketara kepada ekonomi Islam, khususnya dalam memberi tumpuan kepada pasaran yang belum diterokai oleh 1.9 bilion komuniti Islam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE