fb fb fb fb fb

Rafizi diminta teliti, jelaskan isu PADU kepada Jemaah Menteri minggu depan - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUANTAN, 23 Mac - Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diminta memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ia susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai sistem itu.

"Semalam saya sempat bincang dengan Premier Sarawak dan beliau menyuarakan beberapa kebimbangan serta membangkitkan beberapa persoalan.

"Sehubungan itu, Menteri Ekonomi diminta meneliti dan menjelaskannya kepada Jemaah Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Kerajaan Negeri Sarawak agar pendaftaran dan kemas kini PADU di negeri itu ditangguhkan.

Perdana Menteri ditemui pemberita selepas mengadakan jelajah mesra di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini hari ini, yang turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF