(Siti Norlela Jili, tenaga pengajar KEMAS di Labuan)
LABUAN, 22 Ogos- Pelaksanaan Pusat Daya Maju Bengkel Jahitan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) disambut baik warga Labuan, khususnya golongan suri rumah yang ingin menggerakkan ekonomi keluarga dengan kemudahan yang dibekalkan menerusi pusat tersebut.
Selain menggunakan pelbagai mesin jahit yang disediakan, pengguna serta pengusaha turut mendapat bimbingan tenaga mahir berterusan, yang disediakan KEMAS Labuan.
Menurut salah seorang tenaga pengajar KEMAS, Siti Norlela Jili, "peserta tu datang mengikut silibus yang disediakan dan tempoh dalam tempoh setahun pembelajaran mereka kalau tidak habis dalam setahun tu mereka akan sambung lagi ke tahun berikutnya."
Noordiana Mohammad Kamaruzaman merupakan salah seorang peserta bengkel di Kemas Layangan juga, "belajar menjahit daripada tahun 2021, dan saya telah menjahit banyak pakaian dan baju, skirt dan saya boleh manfaatkan di sini."
Pengerusi Perbadanan Labuan merangkap Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, menyempurnakan majlis pelancaran tersebut yang disaksikan Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Asri Salleh.
Semalam, majlis itu dilancarkan serentak di tujuh buah negeri di seluruh negara.
(Antara aktiviti yang diadakan ketika Pelaksanaan Pusat Daya Maju Bengkel Jahitan
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Labuan)