fb fb fb fb fb

Projek naik taraf LRA Lubuk Buntar Lama capai 93% siap

FOTO RTM

BANDAR BAHARU, 27 Mei- Kerja-kerja Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar Lama di Bandar Baharu, Kedah sudah mencapai tahap kemajuan fizikal sebanyak 93 peratus. Kemajuan projek itu lewat satu peratus daripada jadual asal.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah, Mohamad Yusuf@Munir Zakaria berkata, baki kerja-kerja fizikal sedang dijalankan secara intensif.

Ia bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut perancangan baharu iaitu pada Julai ini.

Projek berimpak tinggi itu melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM51,999,387.40.

Mohamad Yusuf@Munir berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Tapak Bil. 47/2025 bagi Projek Menaiktaraf LRA Lubuk Buntar Lama di Bandar Baharu.

Terdahulu, beliau melawat beberapa lokasi pembinaan utama projek termasuk Tangki Relau, Tangki Bukit Perangin dan Tangki Air Putih bagi meninjau sendiri perkembangan kerja di lapangan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE