MCMC bantu KKM hantar ubat melalui pos secara percuma kepada pesakit mulai 1 Oktober

Datuk Seri Fahmi / Foto BERNAMA

PADANG BESAR, 26 September – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu mulai 1 Oktober ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan kira-kira RM5 juta disediakan untuk melaksanakan inisiatif itu.
  • Pelaksanaan dijangka meliputi seluruh negara.
  • Kerajaan menanggung kos bagi kira-kira 80,000 pesakit sebulan menerusi Program Ubat Melalui Pos.
  • Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi meninjau Projek PERSADA di Klinik Kesihatan Padang Besar, Perlis.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, inisiatif itu akan dilaksanakan di seluruh negara melalui peruntukan dana kira-kira RM5 juta.

“Kalau sebelum ini pesakit perlu membayar untuk penghantaran ubat melalui pos tetapi mulai 1 Oktober semua yang terlibat dalam program ini tidak lagi perlu membayar dan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan melalui MCMC,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perkembangan Projek Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Klinik Kesihatan Padang Besar, Perlis.

Pada Jun lalu, Datuk Seri Fahmi dilaporkan berkata, kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat kepada kira-kira 80,000 pesakit sebulan, menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP) hasil kerjasama MCMC dan KKM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.