Industri ternakan diperkukuh, produktiviti penternak dipertingkat

Foto BERNAMA

JITRA, 26 September – Usaha memperkukuh industri ternakan negara terus diperkasa menerusi pelbagai program bersasar di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

RINGKASAN BERITA AI
  • Program khusus memperkasakan kambing, bebiri, lembu pedaging melalui Peningkatan Ruminan Kecil, Rezeki Ternak dan P30, serta pengukuhan tenusu.
  • Sokongan AgriMatch memperkuat pemprosesan hiliran, teknologi, pematuhan standard dan membuka potensi pasaran produk berasaskan ternakan.
  • Usaha kerajaan mesti diterjemah melalui peningkatan produktiviti ladang, pengurusan kos cekap dan pembangunan perusahaan berdaya saing serta akses pasaran mampan.

Tumpuan bukan sahaja kepada peningkatan populasi ternakan, malah memastikan penternak dan usahawan mampu meningkatkan produktiviti, mengurus kos serta mengembangkan perusahaan secara mampan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Mohd Noor Hisham Mohd Haron berkata, bawah RMK13 beberapa program disediakan bagi memenuhi keperluan pengusaha mengikut skala serta bidang ternakan masing-masing.

Antaranya, Program Peningkatan Ruminan Kecil dan Program Rezeki Ternak yang memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor kambing dan bebiri, manakala sektor lembu pedaging diperkasa menerusi Program Pengganda30 atau P30 melalui geran pemadanan 90:10.

Program Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara pula dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran susu segar tempatan.

Bagi sektor hiliran, Program AgriMatch memberi sokongan dalam aspek pengendalian, teknologi pemprosesan dan pematuhan standard 3P, sekali gus membantu memperluas potensi pasaran produk berasaskan ternakan.

Menurut beliau, bantuan dan program kerajaan perlu diterjemahkan kepada peningkatan prestasi di peringkat ladang serta perusahaan.

Sehubungan itu, penternak dan usahawan perlu memastikan produktiviti terus ditingkatkan, kos operasi diurus secara lebih cekap dan produk yang dihasilkan mempunyai pasaran yang mampan.

Datuk Dr Mohd Noor Hisham berkata demikian ketika berucap pada Program Mini Karnival KBPReneur 2026: Pemerkasaan Genetik dan Kualiti Nilai Tambah Produk Hiliran Berasaskan Ternakan di Natoi Little Farm, di sini.

Program itu menghimpunkan 30 usahawan dan pempamer sebagai platform menghubungkan ilmu serta teknologi di peringkat ladang dengan peluang membangunkan perusahaan yang lebih produktif, berdaya saing dan mempunyai akses pasaran lebih luas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.