fb fb fb fb fb

Projek ECRL capai kemajuan 85%

Foto FB Shamsul Azri bin Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta memantau rapi pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang kini mencapai kemajuan 85 peratus, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kali ke-32 sempena pemukiman MRL di Melaka.

"Kita tidak mahu gangguan seperti pencerobohan rel oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab merencatkan perancangan dan mengakibatkan kelewatan operasi yang dijangka pada awal tahun 2027.

"Saya yakin, projek ECRL ini akan menjadi satu mercu kebanggaan bagi negara kita, dan memangkin pembugaran ekonomi di sepanjang jajaran serta kawasan sekitar yang akan memberi manfaat langsung kepada rakyat dan negara.

"Ini bertepatan dengan elemen kesejahteraan dalam prinsip MADANI yang hanya akan dapat dicapai dengan ‘whole-of-government approach’ dan ‘whole-of-nation approach’ melalui sinergi persekutuan-negeri-swasta," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM